Dituduh Curang, Isteri Along Cham Tampil Pertahankan Diri – “Saya Tak Ada Masa Nak Buat Benda Itu..”

EntertainmentLifestyle
1 Jul 2025 • 4:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas dituduh berlaku curang semasa bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Afreena Suhaimi tampil mempertahankan diri.

Memetik laporan Mstar, Afreena menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai satu tuduhan tidak berasas.

image is not available

Saya tak tahu macam mana isu curang ni boleh timbul.

 

Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.

Afreena berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Kata Afreena, dia juga tidak pernah terfikir untuk membuat perkara itu memandangkan dirinya sibuk bekerja.

Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang ingin dikejar. Saya tak ada masa nak buat benda-benda macam tu.

Dalam pada itu, Afreena hanya mampu beristighfar apabila Along mendakwa dia mengabaikan anak sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Feena (@feenasuhaimi)

Saya rasa perkara tu tak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu yang saya memang jaga anak-anak.

 

Mak mana yang nak buang anak.

image is not available 18 hours ago

Along Cham Dakwa Afreena Curang, Terima Bukti Dari Orang Ramai Termasuk Bekas Suami - "Dia Lupa Dia Kahwin Dengan Artis"