Dituduh Curi Barang Kedai, Lelaki Ini Dibelasah Teruk Siap Diacu Senapang Patah Di Kuching

6 Oct 2023 • 9:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Jalan Stephen Yong, Kuching

Dituduh Curi Barang Kedai, Lelaki Ini Dibelasah Teruk Siap Diacu Senapang Patah Di Kuching. Seorang lelaki menjadi mangsa pukul guna besi dan kayu, selepas didakwa terbabit dalam kecurian barang kedai.

Tular di laman Twitter (X) baru-baru ini, apabila lelaki ini dikerumuni dalam sekumpulan orang tidak dikenali, yang mendakwa beliau sebagai pencuri.

image is not available
Dituduh Curi Barang Kedai, Lelaki Ini Dibelasah Teruk Siap Diacu Senapang Patah Di Kuching

Mangsa dibelasah oleh sekumpulan lelaki di hadapan kedai

Menurut laporan mangsa, dia telah diserang dengan batang paip dan kayu besbol oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali, salah seorang daripada mereka bahkan telah mengacukan senapang patah ke arahnya.

Dakwaan palsu yang dilemparkan kepadanya adalah kerana mereka mendakwa mangsa memecahkan kedai dan mencuri besi di belakang premis tersebut.

Alasan beliau berada di lokasi kejadian pada waktu itu, menurutnya, adalah untuk berbincang dengan seorang pekerja perempuan yang sebelumnya telah tularkan gambar beliau di dalam aplikasi Facebook dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

image is not available
Sumber: Twitter

Tujuannya adalah untuk mencari penjelasan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang damai dan rasional.

Mengikut laporan mangsa juga, “Akibat daripada kejadian tersebut saya berasa sakit diseluruh badan saya.” Laporan polis telah dibuat, bukan sahaja sebagai lapisan perlindungan diri tetapi juga sebagai satu langkah ke hadapan untuk mendapatkan keadilan melalui saluran yang betul dan sah.

Mangsa kini menyeru kepada pihak berkuasa untuk bertindak cepat dalam menyiasat kejadian ini dan mendapatkan keadilan yang sewajarnya. “Tujuan saya buat laporan adalah untuk rujukan pihak peguam dan tindakan polis selanjutnya,” tambahnya.

image is not available
Sumber: Twitter

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: