Kakak kepada penyanyi Melinda Dadew, Missphris Painol, dipercayai bakal mengambil tindakan terhadap seorang individu yang didakwa membuat tuduhan palsu sehingga menjejaskan maruah adiknya.
Missphris berkata, dia telah menyimpan tangkap layar hantaran berkenaan sebagai bukti sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, individu terbabit sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat kenyataan palsu dengan berselindung di sebalik akaun palsu.
“Melabel, menghina atau membuat kenyataan palsu serta menjatuhkan maruah seseorang bukanlah perkara yang boleh dilakukan sesuka hati di media sosial tanpa sebarang akibat.”
Missphris turut memaklumkan perkara tersebut akan dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan lanjut.
“Saya telah mengambil tangkap layar hantaran tersebut dan menyimpan segala bukti yang berkaitan. Awak mungkin perlu berfikir semula sebelum terus bersembunyi di sebalik akaun palsu.”
Katanya, walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, bukti berkaitan dakwaan terhadap adiknya masih disimpan dalam bentuk tangkap layar.
“Jadi, nikmatilah perhatian yang awak dapat sementara masih ada. Perlu diingat, tangkap layar tidak akan hilang hanya kerana hantaran tersebut dipadam.”
Terdahulu, seorang individu memuat naik tangkap layar daripada Instagram Story pelakon Aliff Aziz yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan bersama Melinda bagi pementasan teater Mansur dan Liu.
Individu tersebut kemudian mendakwa Aliff dan Melinda mempunyai hubungan istimewa susulan aksi mesra yang dipamerkan dalam hantaran berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Tiada Pilihan, Saya Kena Minta Maaf" - Zul Ariffin
The post Dituduh Jalani Hubungan Cinta Dengan Aliff Aziz, Kakak Penyanyi Buat Laporan Polis Dan MCMC first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




