Jalin cinta dengan Melinda Dadew? Orang mahu kata apa apa tentang saya tidak mengapa- Aliff Aziz

EntertainmentMovie
10 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jalin cinta dengan Melinda Dadew? Orang mahu kata apa apa tentang saya tidak mengapa- Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, mengakui lebih selesa untuk tidak mengambil peduli dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Melinda Dadew, kononnya mereka sedang dilamun cinta.

Dakwaan tersebut timbul susulan penglibatan mereka sebagai pasangan pelakon menerusi pementasan teater muzikal Mansur & Liu.

Menurut Aliff, kesibukannya menjayakan pementasan berkenaan membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian kepada perkara yang diperkatakan di media sosial.

“Minta maaflah, saya sebenarnya beberapa hari, baru minggu ini, saya tidak fokus pun kepada media sosial kerana tugas kita sebagai pelakon teater untuk masuk dalam dimensi ini sangat padat.

“Jadi bagi saya, lebih baik saya luangkan masa untuk fokus bagaimana saya mahu memperbaiki Sultan Mansur ini daripada saya fokus kepada perkara-perkara yang di luar bidang kuasa.

“Orang mahu komen apa pun mengenai saya, tidak mengapa. Pada akhirnya, seperti yang saya katakan, ada orang suka, ada orang tidak suka.

“Ada orang tidak ada kerja, ada orang ada kerja. Jadi bagi saya, saya ada kerja yang sangat berat, tanggungjawab yang sangat besar yang harus saya galas. Fokus saya di situ. Selebihnya, saya tidak boleh hendak kata apa-apa. Begitulah,” katanya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas pementasan teater tersebut di Istana Budaya, semalam.

Terdahulu, kakak kepada Melinda yang dikenali sebagai Missphris dipercayai akan mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membuat tuduhan palsu sehingga menjatuhkan maruah adiknya.

Missphris berkata dia telah menyimpan tangkap layar hantaran berkenaan sebagai bukti dan akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini,  seorang individu telah memuat naik tangkap layar daripada Instagram Story (IG Story) aktor kelahiran Singapura itu yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan bersama Melinda bagi pementasan teater Mansur dan Liu.

Individu itu mendakwa kedua-duanya sudah menjalinkan hubungan istimewa susulan aksi mesra yang dipamerkan dalam hantaran tersebut.

The post Jalin cinta dengan Melinda Dadew? Orang mahu kata apa apa tentang saya tidak mengapa- Aliff Aziz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved