Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengarahkan semua cawangannya supaya menghentikan serta-merta penjualan tudung bertemakan Jalur Gemilang selepas tular dakwaan mempunyai bucu bintang tidak lengkap pada produk berkenaan.
Isu itu tercetus selepas seorang pengguna Threads berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan tudung berkonsepkan Jalur Gemilang, namun simbol bintangnya didakwa tidak mempunyai 14 bucu seperti yang sepatutnya.
Pengguna terbabit mempersoalkan bagaimana produk yang menampilkan reka bentuk Jalur Gemilang itu boleh dijual walaupun terdapat kesilapan pada reka bentuk bintang.

Artikel berkaitan: “Menangis owner burger stadium” – Netizen Puji Mydin Jual Burger Ayam Harga RM0.67
Artikel berkaitan: “Saya akan continue Menu Rahmah ini” – Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub
Mydin tarik balik & henti jualan serta-merta
Susulan aduan tersebut, Mydin memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengarahkan semua cawangan untuk menghentikan penjualan produk terbabit dengan serta-merta.
Menurut Mydin, hasil semakan mendapati isu tersebut berpunca daripada kesilapan cetakan oleh pihak pembekal.
“Semakan mendapati isu tersebut melibatkan kesilapan cetakan oleh pihak pembekal. Pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Mydin turut memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menghargai maklum balas yang diberikan berhubung perkara tersebut.
View on Threads
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






