Dituduh Pakai Tasbih Digital Terbalik, Ini Jawapan Ruhainies - “Mungkin Dalam Gambar Atau Video Nampak Macam…”

28 Jun 2025 • 10:21 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Ruhainies tampil menjawab kekeliruan netizen berkenaan cara penggunaan tasbih digital yang disarungkan jarinya.
 

Tasbih digital guna ikut keselesaan

Menerusi video pendek di Insta Story miliknya, Ruhainies berkata dia sebenarnya menggunakan tasbih itu dengan betul dan mengikut keselesaan dirinya.

“Beberapa hari ini saya ada menerima komen yang cakap saya pakai tasbih ini terbalik. Setiap kali kalau kita selawat, kita guna jari ini (ibu jari) untuk tekan.

“Kemudian nombor itu akan keluar begini, ini adalah point of view (pov) saya. Mungkin dalam gambar atau pun video korang nampak macam terbalik tetapi sebenarnya tidak,” jelasnya.

 

 

 

 

 


Pemberian kenalan

Dalam video yang sama juga, Ruhainies memaklumkan tasbih itu adalah pemberian daripada salah seorang kenalannya dan direka khas di sebuah kedai di ibu kota.

“Ramai yang komen dan tanya saya di mana saya beli tasbih digital ini. Saya dapat daripada seseorang. Dia beli secara atas talian dan saya hantar ke Pavillion untuk perhiasaan rekaan khas,” ujarnya.


Sebelum ini, Ruhainies mendedahkan sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 sehari selama 40 hari.