Dituduh Puasa Di Bulan Ramadan Demi Konten Semata-Mata, ‘Influencer’ Tiada Niat Persenda Agama Islam

27 Apr 2023 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, nama influencer Ceddy trending di laman Twitter susulan ada individu yang mendakwa dirinya menggunakan agama Islam untuk konten media sosial.

Untuk pengetahuan umum, sewaktu umat Islam berpuasa pada bulan lalu, Ceddy turut terbuka hati untuk cuba berpuasa selama sebulan bagi merasai kenikmatan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, tindakannya membuatkan beberapa pihak kurang senang dan menuduh influencer tersebut saja berpuasa untuk konten semata-mata.

image is not available

image is not available

Susulan dituduh sebegitu, Ceddy akui terasa hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh individu berkenaan dan terpaksa membalas dakwaan itu untuk jernihkan keadaan dengan memberitahu bahawa dirinya tidak gemar dilabel sebagai seorang yang mempermainkan agama orang lain.

Saya tahu puasa ni kena buat elok-elok dan saya tak suka orang kata saya berpuasa untuk content semata-mata.

Dalam pada itu, Ceddy turut berkongsikan pada pihak mStar bahawa dirinya terima sokongan daripada ramai orang dan meminta dia untuk tidak menghiraukan dakwaan individu itu kerana caranya berdakwah salah.

image is not available 7 bulan lalu

"Kami Pun Ada Our Version" - 'Influencer' Dedah Kaum Cina Pun Main Bomoh Untuk 'Business'?