Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

2 Sep 2024 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari ketika sedang berpantang selepas mengalami keguguran.

Dakwa utamakan isteri kedua

Kieda turut mendakwa, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 30, lebih mengutamakan isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung mereka.

 

"Kak Maj (Nurmajdina), saya gugur suami support, kau gugur kau kawal mental health seorang diri. Sedangkan suami kau sibuk melayan isteri yang lahirkan anak. Kau pun boleh bagi anak tapi orang buat kau macam tak ada perasaan.

 

“Kau tu pertahankan tin kosong. Tak suka la macam ni kak Maj,” katanya menerusi mesej terus (DM) yang dikirim kepada Nurmajdina di Instagram sebelum berkongsi tangkap layar skirn memaparkan perbualan mereka di Instastory.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan telah dipadam tidak lama kemudian.

 

Sementara itu, Abang Tesla menerusi Instastory tampil membidas dakwaan Kieda dengan menegaskan dia menjaga isteri pertamanya ketika sedang berpantang namun tidak berkongsi secara umum.

Ambil tindakan undang-undang

Malah, Abang Tesla turut memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman usahawan tersebut.

 

"Jangan nak terpaling suami awak seorang yang jaga, saya jaga kak Maj. Saya akan saman awak.

 

"Awak boleh tanya sendiri dia, pergi tanya pihak hospital. Saya ada dengan dia. Tapi saya tak pernah buat video macam awak terpaling ada suami,” katanya.

 

Bagaimanapun, Abang Tesla juga mengambil tindakan memadam perkongsian tersebut.