Dituduh ‘team’ Jofliam & Dewi, ada netizen tergamak doakan Kieda Crepe dirompak lagi

LocalFood
30 Apr 2025 • 2:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
netizen tergamak doakan Kieda

Usahawan makanan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada netizen tergamak doakan dirinya ditimpa musibah hanya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan pempengaruh, Jofliam dan isterinnya, Dewi.

image is not available

Netizen tergamak doakan Kieda perkara buruk

Perkara itu dinyatakan Kieda menerusi media sosial miliknya apabila memuat naik tangkapan layar komen-komen netizen yang marah apabila mendakwa dirinya berada dipihak Jofliam dan Dewi.

“Kieda ni sangat-sangat nak elakkan diri dari update negatif dah sekarang. Kieda tak mau update bagi orang meluat dekat aku.

“Aku dengan dunia aku saja, tak aku live, aku layan customer aku duduk production aku urus anak-anak . Dok takdok hal rumah tangga orang hampa obses naik nama aku,” tulisnya.

Netizen tergamak doakan Kieda, tuduh geng Jofliam & Dewi

Kieda menyatakan ada beberapa hantaran dibuat oleh netizen seakan memarahinya disebabkan sedang beremosi dengan konflik rumah tangga pempengaruh sensasi ketika ini.

image is not available

Dituduh macam-macam

Paling membuatkan usahawan itu sedih adalah hantaran yang mendoakan dirinya mengalami keguguran jika mengandung serta berharap agar dia dirompak lagi.

image is not available

Netizen punya mulut dasyat

image is not available

Dalam pada itu, Kieda menegaskan bahawa dirinya tidak mengenali individu yang dimaksudkan dan mengakui tidak pernah mengenali atau rapat dengan mereka.

Walau bagaimanapun, dia menerima sahaja tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan percaya bahawa Tuhan akan membalas semula apa yang dilakukan oleh mereka.

Sumber: Facebook Khalieda Yusra