Didakwa Mengganggu Ketenteraman Awam, Netizen Buat Aduan Terhadap Perniagaan Piza Jofliam

Entertainment
22 Apr 2025 • 3:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam sekali lagi menjadi kritikan ramai apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan perniagaan pizanya.

Menerusi satu hantaran di Thread, beberapa individu meluahkan rasa kesal dengan perniagaan piza Jofliam yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dengan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan pengguna jalan raya.

image is not available

Perniagaan didakwa tak ada lesen, pekerja tiada suntikan typhoid?

Susulan itu, beberapa laporan telah dibuat secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mana para pengadu juga mendakwa beberapa perkara mengenai perniagaan pempengaruh ini yang agak mengejutkan.

image is not available

Menurut balasan di Thread, pengguna media sosial mendakwa perniagaan piza tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dan ada di kalangan pekerja dikatakan tidak mendapat suntikan typhoid yang mana wajib bagi pengendali makanan.

image is not available

image is not available

image is not available

Saya faham semua orang nak berniaga tetapi ikutlah undang-undang sama. Janganlah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dengan membenarkan pembeli park kereta di bahu jalan atau di tengah-tengah jalan raya.

“Tolong bertimbang rasa sama. Yang nak membeli pun, parking kereta pun ikutlah undang-undang,” luah penduduk kawasan tersebut.

Dalam pada itu, ada di kalangan netizen berharap tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak MPAJ berhubung isu ini dan semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

Apa-apapun kita tunggu penjelasan dari pihak Jofliam pula berhubung isu ini. Susah juga kalau sampai ganggu orang sekeliling ni.

Sumber: Thread

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.