
Betul ke So-mi miming je?
Semasa Anugerah MAMA baru-baru ini, Jeon So-mi telah memberikan persembahan yang memukau dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘The Way’ dan ‘Fast Forward’.
Dengan melakukan beberapa koreografi yang agak sukar, rata-rata netizen memuji persembahan idola solo terbabit.
Walaubagaimanapun, masih ada mulut jahat di aplikasi TikTok yang mengatakan bahawa Jeon So-mi hanya miming ketika membuat persembahan.
Tidak mahu berdiam diri, Jeon So-mi membalas hantaran komen netizen tersebut menyatakan bahawa dia memang menyanyi secara langsung.

Untuk pengetahuan, pemilik akaun TikTok itu dikatakan telah memadam komen terbabit, tidak lama selepas Jeon So-mi membalas kepadanya.
Betul-betul koyak tu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dituduh Tidak Nyanyi Secara ‘Live’ Di MAMA, Jeon Somi Beri Respon Padu first appeared on KimchiDaily.my.

