Dituduh tunjuk hero, Caprice dedah muka individu mahu ludah wajah isteri 

LocalEntertainment
19 Sep 2024 • 1:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice dedah muka individu yang didakwa mahu meludah wajah isterinya, Farra Inalis.

Menerusi perkongsian yang dimuat oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di IG-storynya, individu terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dengan penyanyi tersebut yang lantang bersuara berkaitan isu semasa terutamanya amang seksual terhadap kanak-kanak.

Dedah muka individu

image is not available

“Kalau boleh aku nak ludah muka bini dia, biar dia tahu rasa sikit macam mana orang buat kat family dia.

“Sibuk nak pung pang nak tunjuk hero Malaysia tapi bini sendiri masih terbuka macam tak cukup kain,” komen individu terbabit.

Susulan itu, pelantun lagu Kau Hade ini sanggup menanggung kos tiket penerbangan untuk merealisasikan hasrat individu yang dipercayai berasal dari Kuching, Sarawak.

Dedah muka individu

image is not available

“Saya akan sponsor tiket penerbangan dari Kuching jadi kau boleh ludah muka isteri aku.

“Boleh mesej aku details kau, aku akan booking tiket penerbangan,” kata Caprice.

Bagaimanapun, Caprice meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk menjemput individu terbabit hadir ke rumah tidak kesampaian apabila akaun Instagram milik lelaki itu sudah dipadam di media sosial.

image is not available

image is not available

Sejak kebelakangan ini, Caprice giat berkongsi kesedaran kepada orang ramai mengenai jenayah pedofilia yang merupakan satu gangguan psikologi.

Individu dewasa cenderung melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan umur mangsa lima tahun lebih muda daripada pelaku atau suspek.

Sumber: Instagram @Caprice