Diugut setiap hari, pereka fesyen popular dikejar Ah Long akibat hutang RM25,000

LocalWomen's Fashion
28 Aug 2024 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pereka fesyen popular dikejar Ah Long kerana dipercayai berhutag sebanyak RM25,000, lapor Harian Metro.

Pereka fesyen berusia 30-an mendedahkan dia diekori oleh beberapa individu tidak dikenali ketika pulang bekerja dan berjumpa dengan pelanggan di sekitar premis perniagaannya.

Difahamkan, mangsa menyedari perbuatan serta tingkah lakunya diperhatikan kumpulan tersebut selepas menghadiri acara fesyen terkemuka di ibu negara sejak awal Ogos lalu.

Pereka fesyen popular dikejar Ah Long

image is not available

Dia yang menetap di Kuala Lumpur akui berdepan dengan trauma ketakutan kerana diekori, diugut selain diganggu oleh Ah Long setiap hari.

“Dia mengakui pernah meminjam dengan Ah Long sebanyak RM25,000 dan bimbang berdepan kadar bunga yang makin bertambah disebabkan tidak mampu menyelesaikannya dalam tempoh singkat,”petik Harian Metro.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)