Sedar Tingkah Laku Diperhatikan, Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

Entertainment
28 Aug 2024 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ah Long merupakan individu atau badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan.

Terbaru, seorang pereka fesyen terkenal tempatan didakwa sedang diganggu oleh Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000.

Menurut laporan Harian Metro, pereka fesyen yang juga pemilik butik di ibu negara itu sedang dalam trauma serta ketakutan kerana diekori, diugut selain diganggu oleh Ah Long setiap hari.

image is not available
Gambar hiasan

Dia yang berusia 30-an itu mendedahkan bahawa dia sering diekori oleh beberapa individu tidak dikenali ketika pulang bekerja atau berjumpa dengan pelanggan di sekitar premis perniagaannya.

Difahamkan, mangsa menyedari perbuatan serta tingkah lakunya diperhatikan kumpulan tersebut selepas menghadiri acara fesyen terkemuka di ibu negara sejak awal Ogos lalu.

Dia mengakui pernah meminjam dengan Ah Long dan bimbang berdepan kadar bunga yang makin bertambah disebabkan dia tidak mampu menyelesaikan hutang itu dalam kadar segera.

Dalam pada itu, pereka fesyen ini sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan susulan permasalahan yang dihadapinya

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.