Diva AA amuk dengan gurauan KJ, cabar pengurusan stesen radio swasta mohon maaf

LocalEntertainment
12 Sep 2024 • 11:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali Diva AA amuk dengan gurauan KJ (Khairy Jamaluddin) susulan penularan video yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu.

Dalam video tular sebelum ini, pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat bercakap secara menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) mengenai peluangnya memenangi Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian pada 9 September lepas menggambarkan keseimbangan yang perlu dicapai antara kebebasan bersuara dan sensitiviti politik.

KJ menggunakan ungkapan seperti ‘hari ini saya menang’ dan ‘saya ulang’, yang dilihat mempermainkan kenyataan Perdana Menteri.

image is not available

Diva AA amuk dengan gurauan KJ

Sindiran berbentuk gurauan itu telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk pengacara, Azwan Ali.

Azwan Ali berkata, meskipun dirinya bukan penyokong PMX, namun ia bukan tiket buat seseorang untuk bergurau dan mengutuk menerusi secara langsung menggunakan platform radio.

Tidak berdiam diri, adik kepada ahli politik terkemuka Dato’ Seri Azmin Ali itu juga meminta pihak pengurusan stesen radio berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Walaupun aku bukan penyokong, tapi aku tak kutuk secara live macam tu. DJ lain pun ketawa, memang rakyat marah. “Kenapa padam video? Come forward la. Aku cabar pengurusan keluar mintak maaf,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

image is not available

image is not available

Jelas Azwan, dia tidak mempunyai masalah dengan penerbit radio dan juga penyampai radio yang lain.

Namun, tindakan yang dibuat oleh mereka ketika siaran ke udara sememangnya tidak boleh diterima kerana tiada etika.

Terdahulu, video sewaktu KJ mempromosikan diri untuk ABPBH bagi meraih undi sebagai Penyampai Radio Paling Popular 2024 telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing netizen bertelagah tentang caranya ‘bermenifesto’.

Ramai pihak menuduhnya menyindir PMX apabila menggunakan intonasi suara beliau sewaktu berkempen untuk pilihan raya.

Perkara tersebut menjadi semakin besar apabila ada sesetengah pihak mengatakan mahu memboikot stesen radio disebabkan isu berkenaan.

Sumber: X DivaAATersohor