Divfex raih kontrak bernilai RM9.4 juta daripada TM Tech untuk projek rangkaian DWDM

Business & Finance
15 Jun 2023 • 5:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Divfex raih kontrak bernilai RM9.4 juta daripada TM Tech untuk projek rangkaian DWDM

azan

15/06/2023 - 17:36

KUALA LUMPUR 15 Jun - Divfex Berhad menerusi anak syarikatnya, Diversified Gateway Berhad menerima kontrak bernilai RM9.4 juta daripada TM Technology Services Sdn. Bhd. (TM Tech).

Kumpulan itu berkata, kontrak itu adalah bagi kerja-kerja merancang, mereka bentuk, membekal, menghantar, memasang, menguji, pentauliahan, perkhidmatan profesional, latihan, waranti dan perkhidmatan sokongan penyelenggaraan penempatan rangkaian Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM) untuk TM Tech.

"Kontrak itu adalah selama enam tahun bermula 3 Jun 2023 hingga 2 Jun 2029 (termasuk tempoh waranti 12 bulan) dan perkhidmatan penyelenggaraan serta sokongan untuk tempoh lima tahun selepas tempoh jaminan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Diversified Gateway dikehendaki untuk melaksanakan dan menandatangani perjanjian rasmi dengan TM Tech dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat anugerah (LoA), tetapi sementara menunggu pelaksanaan perjanjian rasmi, LOA dan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya akan membentuk perjanjian yang mengikat antara kedua-dua pihak.

"LOA tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam syarikat.

"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024," katanya. - DagangNews.com