Divfex terima kontrak RM11.58 juta daripada TM Technology bagi tempoh lima tahun
diyana
02/08/2023 - 09:21
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Anak syarikat Divfex Bhd, Finther Technologica Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM11.56 juta daripada TM Technology Services Sdn Bhd bagi tempoh lima tahun.
Dalam makluman kepada Bursa Malayisa semalam, Divfex berkata ia menerima surat anugerah (LOA) bertarikh 27 Julai bagi menyediakan keterlihatan dan kebolehcerapan sebagai perkhidmatan untuk prestasi digital dan analisis awan hibrid untuk TM Tech.
Menurut syarikat komunikasi tele-data itu, kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih Divfex bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, walaupun tidak memberi kesan kepada modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham besar.
Pengumuman baharu ini adalah selepas sebuah lagi anak syarikat Divfex, iaitu Diversified Gateway Bhd (DGB) menerima kontrak RM9.43 juta daripada TM Tech pada 15 Jun lalu, dengan tempoh kontrak selama enam tahun dengan jangkaan siap pada 2 Jun 2029.
Pada waktu penulisan, saham Divfex kekal pada 12 sen dengan permodalan pasarannya bernilai RM89.5 juta. - DagangNews.com


