Dividen 60 peratus tertinggi dalam sejarah Kosma

LocalBusiness & Finance
1 Aug 2026 • 10:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dividen 60 peratus tertinggi dalam sejarah Kosma

KUANTAN: Seramai 1,469 ahliKoperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) menikmati agihan dividen modal syer pada kadar 60 peratus, iaitu kadar tertinggi pernah direkodkan sejak koperasi itu ditubuhkan pada 1967.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran dividen berjumlah RM35.32 juta itu diluluskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Kata beliau, pencapaian bersejarah itu didorong prestasi kewangan Kosma yang terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan pendapatan keseluruhan RM334.24 juta pada 2025 berbanding RM290.78 juta pada tahun sebelumnya.

“Keuntungan bersih turut meningkat kepada RM102.30 juta berbanding RM84.02 juta pada 2024, sekali gus mencerminkan pengukuhan tadbir urus, kecekapan pengurusan serta kejayaan strategi perniagaan yang dilaksanakan Kosma.

“Pencapaian ini membuktikan Kosma kekal sebagai koperasi yang berdaya saing dan mampu memberikan pulangan mampan kepada anggotanya,” katanya di sini

Wan Rosdy berkata, kecemerlangan itu turut diiktiraf di peringkat nasional apabila Kosma dinobatkan sebagai Koperasi Keenam Terbaik Malaysia 2026 dalam senarai Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang diumumkan sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, pembayaran dividen pada kadar tertinggi dalam sejarah koperasi itu adalah penghargaan kepada seluruh anggota yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Kosma, selain membuktikan gerakan koperasi mampu menjadi instrumen penting dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi anggotanya. – UTUSAN

The post Dividen 60 peratus tertinggi dalam sejarah Kosma appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved