Dividen KWSP Akan Diumumkan Awal Mac, Dijangka Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

Entertainment
23 Feb 2025 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 pada awal Mac, dengan unjuran lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, yang mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.5 bilion, memberi gambaran positif terhadap kadar dividen tahun ini.

Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga, ia menggalakkan. Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen berapa kadarnya. Boleh kata lebih baik, insya-Allah.”

image is not available

Pada 2023, KWSP mengisytiharkan dividen 5.50% bagi Simpanan Konvensional dan 5.40% bagi Simpanan Shariah, meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Beberapa pakar ekonomi turut menjangkakan dividen 2024 melebihi 6%, menjadikannya antara kadar tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.