Dividen KWSP Dijangka Lebih Tinggi Untuk 2024, Umum Pada Mac Nanti

LocalBusiness & Finance
24 Feb 2025 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kwsp

Pencarum nampaknya boleh tersenyum lebar apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka memberikan dividen lebih tinggi bagi tahun 2024.

Memetik laporan Bernama, KWSP berada di landasan terbaik apabila menunjukkan prestasi kukuh sepanjang suku ketiga tahun lalu.

Prestasi kukuh KWSP, dividen dijangka lebih baik

image is not available

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, KWSP telah mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM57.5 bilion sehingga suku ketiga tahun 2024.

Angka ini lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, sekali gus memberi petanda positif kepada pencarum.

Oleh itu, insya-ALLAH prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-ALLAH.

Ujar beliau lagi, KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

Bakal diumumkan Mac nanti

image is not available

Terdahulu, KWSP telah mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50% bagi Simpanan Konvensional dan 5.40% bagi Simpanan Shariah pada tahun 2023, lebih tinggi berbanding 2022.

Dengan unjuran ekonomi yang lebih baik, beberapa pakar ekonomi dan akademik menjangkakan dividen KWSP bagi 2024 melebihi 6%!

Pencarum dinasihatkan untuk bersabar dan terus menantikan pengumuman rasmi daripada KWSP dalam masa terdekat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Bernama


The post

appeared first on

.