Diyana Tahir Tidak Tersenarai Dalam Kaunselor Berdaftar – LKM

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 5:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengasas eHati International Sdn Bhd (eHati), Diyana Tahir dipercayai tidak tersenarai dalam Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) sebagai salah seorang kaunselor berdaftar.

Diyana Tahir kaunselor tidak berdaftar

image is not available

Foto: eHati

Menurut LKM, menegaskan perkhidmatan kaunseling hanya boleh dijalankan oleh kaunselor yang berdaftar sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Sekiranya terdapat individu yang ingkar melanggar peruntukan tersebut ia dianggap satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“LKM memandang serius terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan gelaran atau pengendalian perkhidmatan kaunseling tanpa kelayakan dan pendaftaran yang sah.

“Orang ramai disarankan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran kaunselor melalui saluran rasmi LKM bagi memastikan mereka menerima perkhidmatan yang sah dan diiktiraf,” terang LKM dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Terdahulu, enam individu termasuk sepasang suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman selama tiga hari bagi membantu proses siasatan berhubung kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat aktiviti berbogel dijalankan oleh empat individu pada program motivasi rumah tangga eHati di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Sumber: Facebook Lembaga Kaunselor Malaysia