‘DJ Lin sudah tidak relevan’ – Individu buat petisyen desak DJ Lin tinggalkan Suria FM

17 Jan 2024 • 10:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tinggal sehari sahaja lagi untuk menunggu sidang media khas Suria FM bagi menjelaskan mengenai keputusan tidak menyambung kontrak penyampai radio Tyzo, kini timbul pula individu yang melancarkan petisyen untuk mendesak Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin untuk meletak jawatan.

Menurut Mohd Faizal Legacy yang memulakan petisyen itu berkata, DJ Lin sudah tidak relevan dan dia mewakilkan suara orang ramai untuk menuntut Suria FM melakukan perubahan.

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.

“Menurut data terkini dari Laporan Penyiaran Malaysia (LPM), ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini.

“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya,” katanya.

Petisyen yang dimulakan sejak 16 Januari itu, setakat ini hanya ditandatangani oleh 198 orang sahaja.

Tinjauan di salah satu hantaran di Instagram rasmi stesen radio berkenaan juga mendapati, masih ramai netizen memberikan komen-komen tidak berpuas hati, dipercayai masih terkesan dengan apa yang berlaku tempoh hari.

Minggu lalu, stesen radio Suria FM menjadi topik perbualan hangat di media sosial susulan keputusan pihak pengurusan stesen berkenaan tidak menyambung kontrak Tyzo.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved