“Kala Dugaan Besar Melanda, Alhamdulillah..” – Tyzo Xander Akhirnya Umum Berita Gembira 

Entertainment
17 Jan 2024 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ramai yang bersimpati dengan nasib penyampai radio, Tyzo Xander selepas dia ditamatkan khidmat serta-merta dari Suria FM baru-baru ini.

Terbaru! Menerusi Instagram, Tyzo meluahkan rasa syukur apabila dia diberi peluang menjadi pengacara dalam sebuah majlis anugerah dari pihak TV RTM.

image is not available

Kala dugaan besar melanda, Alhamdulllah pihak TV RTM @rtm_malaysia & KNKV GROUP @knkvgroup beri peluang dan ruang pada saya bertindak sebagai Pengacara pada Majlis Anugerah “KNKV VIRAL AWARD 2024”.

Tyzo juga meminta untuk semua pengikutnya untuk tonton majlis anugerah yang menampilkan dirinya sebagai pengacara itu siaran langsung pada 8 pagi esok.

Esok 18 Januari 2024, Khamis, 8.00pagi, untuk tujuan promosi, Abang Takan bersiaran langsung sebagai Tetamu di Selamat Pagi Malaysia (SPM)

Tolong tengok tau.

Akan ada pelangi selepas hujan. Semoga Tyzo dimurahkan rezeki lagi selepas ini dan dipermudahkan segala urusan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.