DJI Air 3 Malaysia: Terbang lebih lama, lebih selamat, dan lebih versatil

Digital
25 Jul 2023 • 9:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI telah mengumumkan dron baharu iaitu DJI Air 3. Dron ini adalah sekuel kepada DJI Air 2S yang mereka perkenalkan pertengahan April 2021 yang lalu. Senggang lebih 2 tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh DJI untuk membawkaan pelbagai naik taraf menarik pada Air 3.

image is not available

Bermula di bahagian pengimejan, Air 3 kini dilengkapi sistem dwikamera dengan kombinasi kamera utama dan kamera telefoto 3 kali zum optikal. Kedua-duanya mengguna pakai sensor 48MP yang sama. Pilot boleh mereka menerusi kamera utama yang ada jarak fokal 24mm F1.8 setara format full-frame ataupun untuk syot yang lebih dekat, kamera telefoto 70mm F2.8 boleh digunakan.

Ciri-ciri rakaman pintar daripada sebelum ini diwariskan pada Air 3. Anda beroleh fungsi seperti FocusTrack, QuickShots, rakaman menegak 2.7K, Mastershots, Night Mode, Hyperlapse, Slow Motion, SmartPhoto 3.0, Tilt-Shift, Waypoint Flight, dan banyak lagi.

image is not available

Ini adalah kali pertama DJI membawakan sistem multikamera pada siri Air untuk yang pastinya sangat dialu-alukan pengguna yang tidak mahu berbelanja besar mendapatkan Mavic 3 atas faktor kos yang tinggi.

Selain bahagian pengimejan, pesawat juga turut nyata ditambah baik. Waktu penerbangan kini 48% lebih lama berbanding generasi terdahulu. Dengan satu bateri penuh, dron ini boleh berkhidmat sehingga 46 minit lamanya.

image is not available

Tak terhenti di situ, DJI Air 3 juga dilengkapi sensor pengesan halangan keliling (omni-directional). Ini juga yang pertama dalam siri Air, dan anda boleh jangkakan tahap keselamatan separas siri Mavic. Teknologi APAS 5.0 akan mengesan halangan secara masa nyata dan lakukan pembetulan pada laluan penerbangan supaya pilot boleh fokuskan pada merakam video.

Sambungan antara dron dengan alat kawalan dijalin bertunjangkan sistem transmisi O4 HD yang baharu. Ia mempunyai jarak perhubungan sehingga 20km serta kualiti suapan video ditambah baik sehingga FHD@60fps.

image is not available

DJI Air 3 ditawarkan pada harga bermula RM4,799. Berikut adalah senarai penuh harganya:

  • DJI Air 3 (DJI RC-N2) – RM4,799
  • DJI Air 3 Fly More Combo (DJI RC-N2) – RM5,799
  • DJI Air 3 Fly More Combo (DJI RC 2) – RM6,589

Andaboleh layari gedung dalam talian DJI di Shopee untuk pembelian.

DJI Air 3 dilihat sebagai alternatif lebih mampu milik kepada Mavic 3. Ia banyak mewarisi ciri-ciri canggih Mavic 3 tapi dalam pakej yang lebih kompak, sesuai untuk pengguna kasual. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan siri Mavic 3 di Malaysia:

  • Mavic 3 Single RM9,799
  • Mavic 3 Fly More Combo RM12,399
  • Mavic 3 Cine Fly More Combo RM22,899