DJI Air adalah siri dron kelas pertengahan premium sebagai alternatif kepada siri Mavic yang harganya biasa dua kali ganda lebih mahal. DJI Air 3 dikatakan adalah model terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai pengganti kepada DJI Air 2 (2020) dan Air 2S dengan kamera sensor 1″ (2021).

Berdasarkan imej pengolokan rasmi yang ditiriskan oleh WinFuture, DJI Air 3 akan hadir dengan sistem dwi-kamera. Walau bagaimanapun sumber tidak mendedahkan apakah sensor yang digunakan. Berdasarkan rekaan ia kelihatan mirip dengan Mavic 3 (2021) yang menggunakan sensor sudut lebar 20MP dan sensor telefoto cuma tanpa penjenamaan Hasselblad.

Bateri pula dikatakan adalah 4241mAh yang 30% lebih besar berbanding Air 2. Setiap pembelian DJI Air 3 turut akan hadir dengan alat kawalan baharu DJI RC-N2 yang mempunyai skrin terbina, butang analog dan antena. Tiada pakej dron sahaja akan dijual tetapi akan ada berkas ditawarkan seperti pakej bateri tambahan serta dengan alat kawalan lama DJI RC-2.
Buat masa ini tarikh pelancaran masih belum disahkan lagi. Tetapi WinFuture telah melaporkan harga juala di pasaran Eropah iaitu;
- DJI Air 3 + alat kawalan RC-N2 – £962 (~RM5,681)
- DJI Air 3 Fly More Combo dengan alat kawalan RC-2 – £1199 (~RM7,081)
- DJI Air 3 Fly More Combo dengan alat kawalan RC-N2 – £1379 (~RM8,144)
- Sumber
- WinFuture
