DJI Avata 2 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,999

TechnologyDigital
16 Apr 2024 • 6:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI Avata 2 telah dilancarkan secara rasmi dan sedia ditawarkan di Malaysia. Anda yang berminat boleh memilikinya pada harga bermula RM1,999 untuk DJI Avata 2 sahaja. Kemudiannya meningkat kepada RM3,999 untuk set DJI Avata 2 Fly More Combo (single battery) yang lengkap dengan DJI Goggles 3 dan DJI RC Motion. Sementara itu set DJI Avata 2 Fly More Combo (three batteries) yang juga lengkap dengan DJI Goggles 3 dan DJI RC Motion dijual pada RM4,619.

image is not available

image is not available

image is not available

DJI Avata 2 didatangkan dengan beberapa penambahbaikan yang termasuk tempoh penerbangan lebih lama. Ia kini boleh diterbangkan 23 minit lebih lama berbanding 18 minit pada model sebelum. Tubuhnya juga lebih kecil yang juga lengkap dengan lensa ultra lebar 155 darjah sebesar 12MP 1/1.3″. Video boleh dirakam pada tetapan sehingga 4K60fps yang kemudiannya bertambah baik dengan adanya sistem DJI RoskSteady dan DJI HorizonSteady.

image is not available

image is not available

Di mana, sistem DJI RockSteady akan memastikan rakaman video yang diambil kelihatan stabil sementara DJI HorizonSteady pula mengunci kamera untuk sentiasa menghala ke ufuk. Turut melengkapi dron ini ialah storan dalaman 46GB, kawalan DJI RC Motion 3 untuk melakukan aksi penerbang dengan mudah dan kawalan FPV pula boleh dilakukan menerusi DJI Goggles 3 yang dilengkapi dwi skrin OLED dengan resolusi FHD 120Hz.