DJI Avata 360 Dengan Rakaman 360 Darjah 8K Dilancarkan – Harga Bermula RM 2599

TechnologyDigital
27 Mar 2026 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dron DJI Avata 360 telah dilancarkan dengan ia adalah dron yang bukan sahaja boleh melakukan rakaman video 360 pada tetapan sehingga 8K 60FPS. Kamera dilengkapi sensor 1″ dengan saiz pixel 2.4 μm yang boleh melakukan rakaman gambar pada tetapan 120MP.

image is not available

Dalam mod satu lensa sahaja, rakaman video 4K 60FPS boleh dilakukan sementara sistem DJI’s O4+ membolehkan penstriman video pada tetapan 1080p 60FPS sehingga jarak 20km daripada juruterbang. Lensa kamera boleh digantikan dengan storan terbina 42GB adalah cukup untuk melakukan rakaman 8K 360° selama 30 minit.

image is not available

Bateri dron walau bagaimanapun hanya membenarkan penerbangan sehingga 23 minit sahaja. Seperti semua dron DJI, pelbagai sistem dan sensor membantu menerbangkannya bagi mengelakkan pelanggaran ketika digunakan. Kipas dron jua dilindungi daripada pelanggaran sisi.

DJI Avata 360 serasi digunakan dengan alat kawalan RC2, RC‑N2, RC‑N3 dan RC Motion 3 untuk penerbangan lebih akrobatik. Di Malaysia, pratemapahan telah dibuka sejak semalam hingga 8 April. Harga jualan adalah seperti di bawah. Perbezaan antara kedua-dua paket ialah Fly More Combo hadir dengan beg dan dermaga pengecas bateri tambahan.

  • DJI Avatar 360 RC2 – RM2599
  • DJI Avatar 360 Fly More Combo – RM3259
image is not available