
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini menggunakan teknologi dron bagi memantau serta mengesan kesalahan trafik dari udara sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bermula pada 13 Mac lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan melalui rakaman dron akan dikenakan Notis Temu Siasat (114) di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, tindakan itu diambil berdasarkan bukti rakaman imej dan video yang diperoleh daripada dron yang digunakan sepanjang operasi berkenaan.
“Dron ini berkeupayaan melakukan zoom sehingga 200 kali yang membolehkan nombor pendaftaran kenderaan dikenal pasti dengan jelas walaupun dari jarak jauh,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga:
Bekalan makanan stabil, jangan buat pembelian panik – Mat Sabu
Lelaki maut dalam kejadian langgar lari ketika bantu rakan isi minyak
‘Zamri uruskan perniagaan, bukan lari ke Thailand’ – Peguam
Beliau turut memaklumkan setakat ini sebanyak enam unit dron digunakan bagi tujuan pemantauan trafik sepanjang operasi bersempena musim perayaan tersebut.
JPJ dalam masa sama menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh penguatkuasaan melalui penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya.
The post JPJ guna dron pantau kesalahan trafik appeared first on The Reporter.



