DJI Bakal Perkenalkan Produk Baharu Pada 31 Julai 2025 – Mungkin Osmo 360

TechnologyDigital
25 Jul 2025 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI mengumumkan pelancaran produk baharu mereka yang dijadualkan berlangsung pada 31 Julai 2025. Imej promosi yang dikongsi memperlihatkan reka bentuk kamera aksi bersama slogan ‘All in One’ sekali gus mewujudkan spekulasi tentang kehadiran kamera kompak yang menyokong rakaman menyeluruh dalam sudut 360 darjah.

image is not available

DJI dijangka memperkenalkan Osmo 360 iaitu kamera aksi yang mampu merakam video beresolusi 8K/30FPS. Ia turut mampu mampu menghasilkan imej 120MP bagi tangkapan lebih terperinci. Selain itu, ia dijangka hadir dengan sensor CMOS bersaiz 1-inci yang sepatutnya sesuai untuk penggambaran waktu malam atau kurang terang. Tidak ketinggalan, rakaman berwarna dalam format 10-bit D-Log M turut disertakan untuk kawalan warna yang lebih tepat.

image is not available

Antara ciri menarik yang mungkin hadir termasuk kawalan suara dan isyarat tangan untuk rakaman tanpa sentuhan bersama ketahanan bateri sehingga 180 minit. Rekaannya juga dijangka kompak lengkap dengan sistem pelekap magnetik serta sokongan pengecasan pantas. Dengan gabungan ini, DJI Osmo 360 dilihat sebagai pesaing baru kepada Insta360 X5 dan GoPro Max 360.