DJI Mavic 4 Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM9,599

TechnologyDigital
14 May 2025 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga jualan rasmi bagi DJI Mavic 4 Pro di Malaysia telah diumumkan melalui kemas kini di halaman Facebook rasmi. Model ini ditawarkan dengan harga jualan bermula RM9,599 untuk pakej asas sementara itu pakej Fly More Combo (DJI RC 2) pula RM11,749 dan pakej penuh Creator Combo (DJI RC PRO 2) pula berharga RM15,099. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan dron ini, ia boleh dibeli menerusi pengedar sah DJI Malaysia mulai hari ini.

image is not available

image is not available

image is not available

DJI Mavic 4 Pro ialah dron berprestasi tinggi dengan tiga kamera yang merangkumi lensa sudut lebar 28mm (100MP) Hasselblad, lensa telefoto 70mm (48MP) dan telefoto 168mm (50MP). Ia dilengkapi gimbal 360 darjah yang membolehkan kamera mengambil imej sudut lebar sehingga 70 darjah. Rakaman video disokong pula sehingga 6K 60p HDR dan 4K 120p SDR dengan storan dalaman 512GB.

image is not available

Dron ini boleh terbang pada kelajuan 90 km/j, sejauh 41km, dan bertahan selama 51 minit dengan bateri 95Wh. Ia turut disertakan alat kawalan DJI RC Pro 2 dengan skrin 7″ mini-LED yang boleh diputarkan 90 darjah, beroperasi selama 4 jam dan mempunyai storan 128GB untuk rakaman audio melalui mikrofon terbina atau DJI Mic.