DJI Menyaman Amerika Syarikat Kerana Menyenaraikannya Sebagai Dimiliki “Tentera China”

TechnologyDigital
19 Oct 2024 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI, syarikat pengeluar dron terkemuka kini dilaporkan memfailkan saman ke atas Amerika Syarikat (US Department of Defense), kerana menyenaraikan syarikat tersebut dibawah sebuah senarai yang melabelkannya sebagai syarikat milik tentera China. DJI sendiri menyatakan telah cuba menghubungi pihak Amerika Syarikat berkaitan dengan perkara ini selama lebih 16 bulan, tetapi tidak berjaya.

Memandangkan tiada sebarang alternatif lain, kini DJI memfailkan saman dan membawa perkara ini ke mahmakah persekutuan. DJI sendiri menekankan mereka tidak dimiliki oleh dikawal oleh tentera China, dan pelabelan ini membawa kesan kepada perniagaan mereka.

DJI sebelum ini telah ditambah pada senarai berkenaan pada 2022 yang lepas, sekaligus membuatkan pelbagai firma dan organisasi Amerika Syarikat tidak boleh bekerjasama atau berurusan dengan syarikat-syarikat pada senarai tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved