DJI Neo 2 Kini Boleh Dikawal Melalui Apple Watch

TechnologyDigital
12 Dec 2025 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagi pengguna Apple yang berhasrat memiliki dron, inilah masa yang sesuai. DJI telah memperkenalkan sokongan Apple Watch untuk tiga model iaitu DJI Neo 2, DJI Flip dan DJI Neo melalui kemaskini aplikasi DJI Fly.

image is not available

Dengan penambahbaikan ini, pengguna bukan sahaja dapat memantau paparan video dan tahap bateri secara langsung melalui jam tangan pintar. Malah, mereka boleh menggunakan kawalan suara walaupun skrin kecil tidak menyediakan kawalan penuh. Sokongan ini turut serasi dengan Apple Watch Series 8 dan ke atas termasuk Watch Ultra 2 dan Ultra 3 bagi menjadikan pengalaman mengawal dron lebih mudah.

image is not available
image is not available

Meskipun telefon pintar masih diperlukan untuk tujuan operasi utama, penggunaan Apple Watch ini menjadikan kawalan dron lebih praktikal kerana ia memudahkan tindakan seperti melancarkan dron, memulakan penjejakkan serta merakam swafoto tanpa perlu memegang telefon.

Selain itu, fungsi ActiveTrack termasuk mod Circle turut disediakan untuk pengalaman merakam lebih praktikal serta bebas gangguan. Seterusnya, aplikasi DJI Fly versi Apple Watch boleh dimuat turun secara percuma di App Store untuk ketiga-tiga model dron tersebut.