Perodua Tidak Membenarkan Penggunaan Bateri Untuk Seru-Pandu, Penghantaran Dan Tujuan Komersial

Business & FinanceCars
3 Dec 2025 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perodua sedia menerbitkan dokumen berkaitan sewaan bateri untuk kenderaan elektrik, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara, termasuk menyatakan pengguna tidak boleh menghidupkan kenderaan sekiranya gagal bayar sewa untuk dua bulan. Selain itu, melalui dokumen Perodua, ia turut dinyatakan pengguna tidak boleh menggunakan bateri kenderaan berkenaan untuk tujuan seru-pandu, penghantaran, aktiviti komersil, atau sebarang perkara yang melanggar perundangan.

image is not available

Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan kenderaan Perodua QV-E yang menggunakan bateri Perodua ini untuk perkhidmatan seperti Grab, Lalamove, dan lain-lain.

Sebab untuknya tidak dinyatakan. Namun, ia mungkin disebabkan penggunaan untuk aktiviti ini akan memerlukan aktiviti pengecasan berulang dilakukan disebabkan jarak perjalanan lebih tinggi, yang mungkin memberikan impak kepada kadar kesihatan bateri.

Perodua melalui Perodua QV-E memperkenalkan konsep sewaan bateri, memerlukan pengguna membayar sewa sebanyak RM275 sebulan selama 9 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved