DJI Osmo 360 Mungkin Hadir Dengan Sensor 120MP Dan Rakaman 8K

TechnologyDigital
7 Jul 2025 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI dijangka melancarkan kamera aksi 360 darjah pertama yang dikenali sebagai Osmo 360. Ia dijangka menjadi pencabar kepada Insta360 X5 dan GoPro Max 2 dalam pasaran kamera aksi. Beberapa sumber telah mula mendedahkan maklumat awal mengenai spesifikasi dan ciri utama kamera ini menjadikan pelancarannya antara yang paling dinantikan dalam ketegori ini.

image is not available
DJI Osmo 360

DJI Osmo 360 akan dilengkapi dengan sensor CMOS bersaiz 1-inci yang mampu menghasilkan imej sehingga 120MP. Ia turut menyokong rakaman video dalam resolusi 8K/30FPS, serta rakaman gerak perlahan 4K/120FPS. Bagi mereka yang mengutamakan kestabilan video, kamera akan dilengkapi teknologi penstabilan imej HorinzonSteady 360 yang dijangka boleh memberikan rakaman yang lebih lancar walaupun dalam situasi mencabar.

image is not available

Dari segi bateri, Osmo 360 dijangka menggunakan bateri 1950mAh seperti yang terdapat pada Osmo Action 5 Pro. Ia mampu bertahan sehingga 100 minit untuk rakaman 8K dan meningkat 180 minit apabila dipadankan dengan aksesori Battery Extention Bar. Selain itu, kamera ini menyokong kawalan suara, isyarat tangan serta integrasi bersama Apple Watch dan Garmin bagi membolehkan penggunaan bebas tangan.

image is not available
Adventure Combo

Beberapa pakej aksesori turut dijangka ditawarkan termasuk Adventure Combo yang mengandungi bateri tambahan, dok pengecas mudah alih dan lain-lain. Setakat ini, DJI masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pelancaran kamera ini namun ia dijangka boleh tiba di pasaran pada penghujung Julai 2025.