VSCO Bakal Perkenal Aplikasi Kamera Untuk iPhone, Dinamakan Capture

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

VSCO, salah satu aplikasi popular memfokuskan penawaran sejumlah ciri penyuntingan, dan menyertakan integrasi sosial pada aplikasi mereka, kini menyasarkan untuk melancarkan sebuah aplikasi kamera untuk pengguna iPhone. Aplikasi ini dijangka diperkenalkan seawal minggu ini, dinamakan Capture.

image is not available

Melalui aplikasi Capture ini, pengguna akan ditawarkan dengan kesan penuras khas ketika ingin merakamkan gambar, sekaligus mengurangkan keperluan untuk melakukan penyuntingan selepas merakamkan gambar. Hasil rakaman juga boleh dikongsikan dengan mudah ke sebarang platform sosial.

Selain VSCO, baru-baru ini juga Adobe turut memperkenalkan aplikasi kamera mereka tersendiri untuk iPhone, dinamakan Project Indigo. Selain itu, terdapat sejumlah aplikasi kamera lain untuk iPhone, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Bagi anda sendiri, adakah anda turut menggunakan aplikasi kamera berbeza berbanding apa yang hadir terbina pada peranti?