DJI Osmo Mobile 8 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM569

LocalTechnology
6 Nov 2025 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI secara rasmi melancarkan Osmo Mobile 8 di Malaysia. Ia hadir dengan rekaan yang mirip Osmo Mobile 7P namun disertakan penambahbaikan menyeluruh. Antaranya seperti modul penjejakan pelbagai fungsi bersama lampu terbina, sokongan Apple DockKit, pusingan 360 darjah, serta keupayaan menjejak haiwan peliharaan.

image is not available

Gimbal ini turut menampilkan klip magnetik yang kukuh, bateri tahan sehingga 10 jam dan tripod terbina untuk rakaman lebih bebas. Ia menyokong telefon pintar sehingga lebar 3.3 inci dan berat 300g, selain boleh digunakan untuk mengecas telefon melalui sambungan USB-C.

image is not available

Modul pintar terbina membolehkan penjejakan subjek dalam aplikasi kamera asal mahupun pihak ketiga. Selain itu, ia menyokong kawalan gerakan untuk rakaman, pengambilan gambar dan pelarasan bingkai secara bebas tangan. Ia juga berfungsi sebagai penerima mikrofon DJI sekali gus menjadikannya lebih serba boleh untuk rakaman audio dan video.

Dari segi perisian, Osmo Mobile 8 hadir dengan fungsi dual-lens boost melalui aplikasi DJI Mimo serta mod rakaman pintar seperti time-lapse, hyper-lapse dan panorama. Aplikasi Mimo turut menyokong penyuntingan berasaskan AI dan kawalan gimbal melalui Apple Watch.

image is not available

Harga jualan Osmo Mobile 8 di Malaysia ialah RM569 bagi pakej asas yang merangkumi OM Magnetic Phone Clamp 4, modul penjejakan, kabel pengecas dan beberapa aksesori lain. Ia kini tersedia di kedai rasmi DJI, pengedar sah seluruh negara serta platform Shopee.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved