DJI Osmo Pocket 4P Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2419

TechnologyDigital
31 Jul 2026 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI akhirnya melancarkan Osmo Pocket 4P ke pasaran global semalam selepas dilancarkan di China sahaja pada Jun. Kamera ini membawa perubahan besar berbanding siri Osmo Pocket terdahulu dengan penambahbaikan yang membolehkan hasil rakaman lebih berkualiti tinggi. Ia juga menjadi pencabar kepada Insta360 Luna yang diumumkan baru-baru ini.

Image from: DJI Osmo Pocket 4P Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2419

Osmo Pocket 4P hadir dengan sistem dwi-kamera pertama dalam siri Pocket. Kamera utama menggunakan sensor 1 inci dengan lensa 20mm F/2.0, manakala kamera telefoto fokus 60mm dengan apertur F/1.8 untuk rakaman jelas pada jarak jauh.

Kamera utama turut menawarkan sehingga 17 tahap julat dinamik iaitu lebih tinggi berbanding 14 tahap pada Pocket 4, sekali gus memberikan perincian cahaya dan bayang yang lebih luas. Sementara itu, kamera telefoto menyokong 14 tahap julat dinamik bagi menghasilkan imej yang tetap jelas walaupun dirakam dari jauh.

Image from: DJI Osmo Pocket 4P Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2419

Kamera telefoto ini juga menyokong zum optik sehingga 3x, zum sehingga 6x, dan zum digital sehingga 12x. Di samping itu, ia boleh merakam video 4K pada 240fps untuk gerakan perlahan serta rakaman 10-bit dengan profil warna D-Log2 bagi memudahkan proses suntingan. Kamera ini turut mampu menghasilkan imej pegun sehingga 37MP.

Image from: DJI Osmo Pocket 4P Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2419

DJI melengkapkan pengalaman rakaman dengan enam profil warna ala filem serta kesan kulit muka lebih halus untuk menjadikan hasil boleh terus dikongsi tanpa banyak suntingan tambahan. Gimbal mekanikal tiga paksi juga masih kekal sebagai kelebihan utama siri Pocket manakala ActiveTrack 8.0 membolehkan kamera menjejak subjek secara automatik. Turut hadir ialah skrin OLED 2″ dengan kecerahan sehingga 1000 nit bersama bateri 1545 mAh.

Image from: DJI Osmo Pocket 4P Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2419

Di Malaysia, Osmo Pocket 4P dijual pada harga RM2419 untuk Standard Combo dan RM2739 untuk Creator Combo. Standard Combo hadir dengan kamera, pelindung gimbal, tali, kabel pengecas, pemegang dan tempat simpanan. Creator Combo pula menambah lagi DJI Mic 3, klip DJI Mic 3, magnet DJI Mic 3, lensa sudut lebar tambahan, penghalang angin DJI Mic 3, tripod, lampu dan bekas simpanan tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved