DJI memperkenalkan Romo iaitu robot vakum pertama mereka yang dilengkapi teknologi pintar seperti yang digunakan dalam dron. Romo ialah robot vakum pembersih dua dalam satu yang boleh menyedut habuk dan mengemop lantai pada masa yang sama. Ia dilengkapi dengan sensor penglihatan binocular dan tiga lidar sudut lebar yang membolehkannya mengenal pasti serta mengelak objek nipis seperti kad atau kabel yang lebih tebal daripada 2mm.

Robot ini mampu beroperasi sehingga tiga jam yang meliputi kawasan seluas 178-meter persegi dan mengambil masa 2.5 jam untuk dicas penuh. Ia berfungsi dalam suhu sehingga 40°C dan dilengkapi tangki air 164ml yang boleh melaras isi padu secara automatik mengikut tahap kekotoran. Mop akan terangkat secara automatik apabila mengesan permaidani.

Pengguna juga boleh mengawal Romo dari jauh melalui telefon pintar, termasuk melihat keadaan rumah dan berkomunikasi bersama ahli keluarga. Terdapat tiga model ditawarkan iaitu Roma P dengan rekaan lut cahaya dan dermaga khas, serta Romo S yang lebih asas dengan penutup putih.


