Djokovic bangkit benam Vacherot

5 Nov 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Djokovic bangkit benam Vacherot

PARIS: Novak Djokovic membuktikan semangat juangnya masih utuh apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Valentin Vacherot dalam aksi pusingan pertama Masters Paris, semalam.

Pemain Serbia berusia 39 tahun itu terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 6-7 (5/7), 7-5, 6-1 ke atas pemain Monaco berkenaan, sekali gus menamatkan penantian untuk meraih kemenangan di kejohanan ATP 1000 buat kali pertama sejak Mac lalu.

Kemenangan itu juga menjadi peluang terbaik Djokovic membalas dendam selepas tewas kepada Vacherot dalam pertemuan mereka di Masters Shanghai musim lalu, ketika pemain Monaco itu mencipta kejutan dengan merangkul gelaran juara.

“Saya tahu perlawanan ini akan berlangsung sengit dan ternyata ia benar-benar sukar. Dia memiliki keyakinan tinggi serta antara pemain yang mempunyai servis terbaik dalam sukan ini,” kata Djokovic.

Bekas pemain No. 1 dunia itu turut mengekalkan peluang memburu tiket ke ATP Finals di Turin bulan ini, meskipun kini berada di tangga ke-11 dalam perlumbaan merebut lapan slot ke kejohanan penutup musim berkenaan.

Bagaimanapun, juara Grand Slam 24 kali itu menegaskan keutamaannya ketika ini adalah memenangi setiap perlawanan selepas kembali beraksi di Paris, kejohanan yang pernah dimenanginya sebanyak tujuh kali, termasuk penampilan terakhir pada 2023.

Dalam aksi berkenaan, Djokovic bangkit selepas ketinggalan satu set sebelum memanfaatkan kelemahan servis Vacherot untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, sebelum menguasai permainan bagi memastikan kemenangan.

Djokovic dijadual bertemu Rinky Hijikata pada pusingan kedua, manakala pilihan ketiga, Ben Shelton turut memulakan kempen dengan langkah meyakinkan selepas menewaskan Cameron Norrie 6-3, 6-4 dalam tempoh 71 minit. – AGENSI

The post Djokovic bangkit benam Vacherot appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved