Djokovic bangkit jinakkan Alcaraz, rangkul kejuaraan Cincinnati

21 Aug 2023 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reaksi Djokovic selepas menang di Terbuka Cincinnati. - Foto AFP

image is not available
Alcaraz (kiri) dan Djokovic selepas Terbuka Cincinnati. - Foto AFP

NOVAK Djokovic kembali membuktikan statusnya sebagai bintang tenis tersohor dunia apabila bangkit mengatasi pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz 5-7, 7-6(7), 7-6(4) sekaligus merangkul kejuaraan ATP Cincinnati Masters dalam aksi ngeri menyayat hati.

Perlawanan berintensi tinggi hampir empat jam itu menyaksikan bintang tenis Serbia tersebut mengoyakkan bajunya selepas menang seolah-olah puas hati dapat menebus kekalahan kepada pemain muda Sepanyol berkenaan pada final Wimbledon bulan lalu.

“Begitu banyak yang ingin diperkatakan dan begitu sedikit tenaga.

“Ia adalah satu perlawanan yang mencabar dan pastinya antara perlawanan paling sukar serta paling menarik yang pernah saya sertai dalam mana-mana kejohanan.

“Sejujurnya ia terasa seperti final Grand Slam, malah lebih daripada itu," kata Djokovic semasa mengumpul gelaran Cincinnati Masters ketiganya.

Kemenangan itu memberikan Djokovic gelaran ke-95 dalam kariernya dan gelaran Masters 1000 ke-39.

Kejohanan itu juga yang pertama Djokovic di bumi Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua tahun selepas dia dilarang memasuki negara itu selepas tidak mematuhi peraturan vaksinasi Covid-19.

Sementara itu, Alcaraz menyifatkan “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Novak sekali lagi.

“Sungguh menakjubkan bermain menentang anda, berkongsi gelanggang dengan anda, belajar daripada anda. Perlawanan ini sangat dekat tetapi saya belajar banyak.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved