DLP: Sabah putuskan tidak contohi Sarawak

18 Apr 2024 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Raisha Dania

Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memutuskan untuk mengikuti ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mewajibkan sekurang-kurangnya satu kelas pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu untuk murid Tahun Satu di sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bermula tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata keputusan terbabit diambil setelah pihaknya mempertimbangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira.

“Kita akur dengan ketetapan KPM sebab kalau kita mencontohi Jabatan Pendidikan Sarawak (menolak polisi baharu DLP), ia melibatkan banyak implikasi yang lain.

“Jadi perkara ini telah kita perhalusi. Kita memang amat menggalakkan agar setiap sekolah di daerah Sabah memilih sekolah-sekolah tertentu untuk menjalankan DLP.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pada dasarnya pemilihan sekolah untuk melaksanakan DLP itu adalah dipengaruhi pelbagai faktor dan sekolah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada JPN bagi melaksanakannya.

“Jadi buat masa ini, Sabah akan mengikuti sebagaimana yg telah disarankan oleh KPM. Kita tidak boleh melihat di Sarawak kerana (situasi) di Sabah berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Madani Landskap Baharu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, di sini, Rabu.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah.

Mengulas lanjut, Raisin menjelaskan untuk menjadikan Sabah sebagai negeri yang melaksanakan DLP sepenuhnya, pihaknya tidak hanya tertakluk pandangan kerajaan negeri semata-mata.

“Pertama, kita perlu mengambil kira kecukupan bilangan guru. Kesediaan guru juga sangat penting bila kita melaksanakan DLP ini. Sekolah dan jabatan perlu memastikan bahawa dalam tempoh enam tahun program itu tidak terhenti.

“Kita kena pastikan bahawa guru yang cukup mahir bagi melaksanakan pengajaran (khusus untuk DLP) kekal di situ (di sebuah sekolah).

“Saya perhatikan ia amat sukar untuk dilaksanakan di Sabah sebab mobiliti atau pergerakan guru itu agak ketara.

“Kedua ialah dari segi pencapaian dan penguasaan murid. Murid mesti baik (mahir) dalam bahasa Melayu dan juga permintaan dari ibubapa. Sekiranya hanya sebahagian (ibubapa) yang mahu ia dilaksanakan, maka ia tidak dapat dilaksanakan.

“Bagi sekolah yang tidak mampu menawarkan DLP, kita beri tawaran lain (kepada murid) iaitu berpindah ke sekolah yang menawarkan DLP. Itu cara kita,” katanya.

Ramai ibu bapa di Sabah bimbang dengan keputusan baharu Menteri pada November lalu bahawa sekolah mesti terlebih dahulu menunjukkan ada kelas yang boleh menawarkan Bahasa Malaysia sebelum permintaan untuk kelas DLP yang menawarkan bahasa Inggeris boleh dilayan.

Mereka merasakan ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri bahawa walaupun Bahasa Malaysia akan diperkukuh, ia tidak harus menjejaskan bahasa Inggeris.

Mereka bersetuju bahawa walaupun penting untuk mahir dalam Bahasa Malaysia bagi identiti kebangsaan, bahasa Inggeris-lah yang menjamin pekerjaan dalam dunia yang sangat kompetitif dan global.

Mereka juga menunjuk kepada jutaan graduan yang menganggur di rumah dan juga tidak dapat bekerja di luar negara pada masa yang sama hanya kerana kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris.

Dasar Kementerian Pendidikan juga telah dikaitkan dengan peningkatan bilangan rakyat Malaysia berkemampuan yang kini mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah antarabangsa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.