Subsidi tiket RM600 pelajar IPT Sabah sah hingga Okt

7 Apr 2024 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Bantuan subsidi tiket penerbangan bagi semua pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) Sabah di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan oleh Kerajaan Negeri, tidak hanya terhad digunakan sebelum Hari Raya Aidilfitri, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor bulan lepas mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk subsidi penerbangan bagi pelajar IPT Sabah.

Menurutnya, pengagihan subsidi RM600 setiap pelajar juga menggunakan pelbagai kaedah.