Beberapa pihak sedia membawa dan membuka bahagian penyelidikkan di Malaysia. Terbaru, Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan kerjasama dengan Meta dalam menubuhkan makmal inovasi di Malaysia.
Untuk makluman, Meta merupakan syarikat sebalik perkhidmatan Facebook, Instagram, WhatsApp, Threads dan juga Meta AI. Kerjasama dengan DNB ini adalah dalam usaha untuk meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta.
Makmal inovasi berkenaan juga turut akan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan kualiti pengalaman untuk perkhidmatan komunikasi masa-nyata pada platform media sosial, selain pada masa yang sama mengambil kelebihan rangkaian 5G.
Usaha kerjasama ini diumumkan ketika acara MWC 2025 yang diadakan minggu ini, dan kedua-dua pihak akan berbincang lanjut dalam memuktamadkan syarat kerjasama yang dicadangkan.




