“Doa Baik-Baik Untuk Arwah, Dia Ayah Yang Sangat Baik” – Bekas Isteri Pegawai Kanan JSJ

Local
21 May 2026 • 4:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu perkongsian daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada Allahyarham ASP Mohd Firdaus Safuan Abdul Rasib mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat arwah selain menghadiahkan bacaan al-Fatihah.

Perkongsian Bekas Isteri Buat Ramai Sebak

Wanita itu turut menyifatkan arwah yang juga pegawai kanan JSJ Shah Alam sebagai seorang ayah yang sangat baik.

pegawai kanan jsj

Luahan ringkas itu nyata menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila ia dikongsikan selepas pemergian arwah yang sebelum ini dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini berhubung kematian pegawai kanan tersebut.

Menurut beliau, siasatan awal polis percaya insiden berkenaan bersifat kemalangan.

Bagaimanapun, kes tersebut masih disiasat di bawah klasifikasi Sudden Death Report (SDR).

Dalam masa sama, Datuk Shazeli turut mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil sekiranya terdapat spekulasi tidak benar yang berunsur fitnah terhadap arwah dan keluarga mangsa.

Pssttt! Cukuplah kita doakan yang baik-baik buat arwah dan beri ruang kepada keluarga untuk melalui detik sukar ini dengan tenang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: TikTok Ira
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Doa Baik-Baik Untuk Arwah, Dia Ayah Yang Sangat Baik” – Bekas Isteri Pegawai Kanan JSJ appeared first on Oh! Media.
View Original Article