“Doa dan sokongan sudah memadai” – Tular Video Pak Cik OKU Berjalan Seorang, Ini Penjelasan Keluarga

Entertainment
4 Jul 2025 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki kurang upaya yang kudung sebelah kaki berjalan dalam hujan seorang diri untuk membeli makanan.

Perkongsian di TikTok itu mendapat perhatian ramai dan netizen rata-rata bersimpati atas nasib lelaki OKU itu.

Pun begitu, sebuah laman Instagram mendedahkan lelaki OKU yang dikenali sebagai Jefree itu sebenarnya sudah mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan keluarganya telah menjelaskan tentang perkara ini.

Dalam hantaran itu, difahamkan ibu bapa Jefree sudah meninggal dunia namun masih ada adik-beradiknya yang membantu Jefree.

“Terdapat sedikit salah faham semasa rakaman video dijalankan. Jefree masih mempunyai adik beradik yang menjaga dan menyokongnya untuk terus menjalani hidup yang lebih baik.

Walaupun ibu bapanya telah meninggal dunia yang bukan disebabkan oleh kebakaran, namun adik beradiknya sangat baik kepadanya, Jefree bagaimanapun masih dalam proses untuk pulih secara mental,” tulis hantaran itu.

Ahli keluarganya berkata, terlalu ramai yang datang ke rumah Jefree sehinggakan perkara itu mengganggu penduduk kampung yang lain.

Mereka juga menjelaskan, mereka tidak perlukan sebarang bantuan, hanya doa buat Jefree sahaja sudah memadai.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.