Doa Minta Hujan Ketika Cuaca Panas & Kemarau -JAKIM, Mufti N9

LocalEnvironment
26 Mar 2026 • 2:50 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Doa Minta Hujan & Ketika Cuaca Panas – JAKIM & Mufti N9

Cuaca panas kadang-kadang menjadi ujian yang mencabar bagi kita semua. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Sungguh menguji keimanan!

Tahukah anda, terdapat satu doa yang boleh diamalkan semasa cuaca panas? 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

image is not available

BACA JUGA: Doa Ketika Hujan dan Banjir – JAKIM

Doa Ketika Cuaca Panas – JAKIM

(La Ilaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam)

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu. 

image is not available

ZIKIR DAN DOA MINTA HUJAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berikutan beberapa negeri dan kawasan mengalami fenomena cuaca panas dan menyebabkan penyusutan paras air, marilah kita bersama-sama membaca zikir dan doa minta hujan agar Allah swt menurunkan hujan.

Firman Allah,

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ (28)

Yang bermaksud, Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan ingatlah, Dialah Pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya, lagi yang Maha Terpuji.

(Al Syura, 28)

Berikut dikongsikan zikir dan doa minta hujan untuk diamalkan bersama.

image is not available

Doa Minta Hujan (Rumi & Maksud)

Dalam Bahasa Arab:

اللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

Rumi:

Allahumma asqina ghaythan mughithan mari’an mari’an, nafi’an ghaira dharrin, ‘ajilan ghaira ajil

Maksud:

“Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang membantu, yang menyenangkan, yang menyuburkan, yang bermanfaat dan tidak memudaratkan, yang datang segera tanpa ditangguhkan.”

image is not available

Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Sunnah Rasulullah & Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Cuaca Panas & Kemarau

1. Berdoa untuk Hujan

Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk berdoa memohon hujan ketika cuaca kemarau melanda. Beliau sendiri sering kali melakukan doa istisqa’ atau doa meminta hujan kepada Allah SWT untuk mengakhiri kemarau.

> Doa Istisqa’

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan, bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanaman yang berkat. Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada sesiapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.”

Riwayat al-Bukhari (967) dan Muslim (897)

2. Memperbanyak Sedekah dan Amal Kebaikan

Di dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menekankan pentingnya bersedekah dan melakukan amal kebaikan. Baginda menyatakan bahawa sedekah dapat mengundang rahmat Allah dan menghilangkan bala.

3. Bersyukur atas Nikmat yang Ada

Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, termasuk apabila cuaca kemarau berlaku. Dengan bersyukur Allah pasti akan menambah nikmatNya.

4. Tidak Boros Menggunakan Air

Rasulullah sangat berhemah dalam menggunakan air walaupun berwudhu apatah lagi semasa cuaca kemarau. 

Diriwayatkan daripada Ibn Jabr bahawa beliau mendengar daripada Anas R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ، أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ، بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ، وَيَتَوَضَّأُ بِالمُدِّ

Maksudnya: “Nabi SAW mandi menggunakan satu gantang air (bersamaan empat hingga lima cupak air), dan Baginda berwuduk dengan menggunakan satu cupak air.”

5. Menjaga Kesihatan 

Pastikan juga anda menjaga kesihatan semasa cuaca kemarau dengan minum air yang mencukupi, menjaga diri daripada sinar matahari berlebihan dan menjaga kebersihan diri. 

image is not available

6. Beristighfar & Bertaubat

Dengan taubat dan istighfar, Allah boleh mengubah dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik dan berkeuntungan. 

Firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(Surah Nuh: 10-12)

image is not available

Sumber:

  1. Bahagian Dakwah, Jakim 
  2. AL-KAFI #1170: FENOMENA PANAS MELAMPAU: DOSA ATAU UJIAN ALLAH SWT – Mufti Wilayah Persekutuan. 
Apa itu doa minta hujan?

Doa minta hujan ialah doa yang dibaca untuk memohon kepada Allah agar menurunkan hujan, terutama ketika berlakunya kemarau atau kekurangan air.

Bila waktu sesuai baca doa minta hujan?

Tiada waktu khusus. Namun, ia boleh dibaca:
Selepas solat fardu
Ketika khutbah solat istisqa’
Pada bila-bila masa ketika sangat memerlukan hujan

Adakah wajib buat solat istisqa’ untuk minta hujan?

Tidak wajib. Solat istisqa’ hanyalah amalan sunat yang sangat digalakkan apabila berlaku kemarau panjang.

Boleh ke doa minta hujan dibaca secara individu?

Boleh. Doa ini boleh dibaca secara individu atau berjemaah, sama ada di rumah, masjid atau di mana-mana sahaja.

Apa amalan yang boleh dibuat untuk memudahkan turunnya hujan?

Antara amalan yang digalakkan:
Memperbanyakkan istighfar
Bertaubat
Bersedekah
Menjaga hubungan sesama manusia

Apakah doa minta hujan turun?

Dalam Bahasa Arab:
اللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Rumi:
Allahumma asqina ghaythan mughithan mari’an mari’an, nafi’an ghaira dharrin, ‘ajilan ghaira ajil
Maksud:
“Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang membantu, yang menyenangkan, yang menyuburkan, yang bermanfaat dan tidak memudaratkan, yang datang segera tanpa ditangguhkan.”image is not available