“Doa Yang Baik-Baik”- Aliff Aziz Dan Ruhainies Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Semula Kes Khalwat

LocalEntertainment
17 Oct 2024 • 10:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.30 pagi ini bagi sebutan kes pertuduhan khalwat,

Menerusi laporan mStar , mereka dilihat hadir ditemani tiga orang pengawal peribadi bersama peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani.

Ruhainies yang tampil sopan mengenakan jubah berwarna merah jambu hanya tersenyum apabila disapa oleh pihak media. Dia juga sempat meminta doa daripada orang ramai.

Doa yang baik-baik.

Sementara itu, Aliff Aziz berdiam diri dan tidak memberi apa-apa respon.

Difahamkan dia cuma sempat mengatakan, ‘Alhamdulillah’ sambil memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik tanpa memberi komen lanjut kepada pihak media.

Pada prosiding yang lalu, pada 3 Julai Aliff dan Ruhainies telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan minta dibicarakan semula.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved