“Kita tahu kau nak sangat ex aku tu, kahwin je lah!” – Sarah Yasmine

Entertainment
17 Oct 2024 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini pelakon sensasi Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Pun begitu, perbicaraan kes tersebut ditetapkan pada Februari tahun depan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

Turut menarik perhatian ialah komen kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang merupakan pempengaruh di Singapura.

Menurut laporan Kosmo!, Sarah meninggalkan komen berbaur sindiran itu di sebuah portal hiburan yang memuat naik hantaran berkenaan prosiding tersebut.

image is not available

“Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.

Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin sajalah.

Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” tulisnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.