Penerbit terkenal, Datuk A.Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Khamis.
Khabar duka itu dimaklumkan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang memohon orang ramai supaya A.Aida kembali sembuh seperti sedia kala.
Dimasukkan ke ICU

“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat Facebook sekalian doakan sahabat saya, Datuk A.Aida yang sekarang ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur.
“Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” katanya di Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, punca penerbit yang berusia 55 tahun itu dimasukkan ke ICU tidak didedahkan oleh Dr Mohd Izhar.
Semoga A.Aida kembali sembuh
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar A.Aida kembali sihat dan berharap segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: Facebook @Dr Mohd Izhar Ariff

