Pengarah Datuk A.Aida Masuk ICU, Teman Rapat Sahkan Berita

EntertainmentLifestyle
25 Sep 2025 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida dilaporkan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh sahabat rapatnya, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Izhar turut memohon doa daripada orang ramai agar kesihatan A. Aida kembali pulih.

“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat FB sekalian doakan kekanda dan sahabat saya Dato’ A. Aida yang sekarang ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah Hospital di Ibu Negara. Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-25 14:12:26

"Dia Hasut Untuk Bercerai, Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu" - Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah